Kesihatan Kelenjar Prostat (Men Well)
22 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mac 2025, Staf NADI telah menyediakan tempat webinar kepada peserta yang bertajuk kesihatan kelenjar prostat terhadap kaum lelaki. Penyakit berikut jarang dialami oleh rakyat Malaysia tetapi ia cukup bahaya dan boleh membawa maut.
Selain itu, webinar juga memberi pendedahan tentang cara mengatasi penyakit tersebut apabila dialami oleh seseorang agar pesakit tersebut tidak mengalami kemurungan dan sentiasa mendapat sokongan daripada orang sekeliling. Sehubungan dengan itu, peserta juga diberi pendedahan tentang penjagaan makanan dan cara kehidupan seharian agar penyakit kanser prostat dapat dijauhkan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: